Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment

Isnin lepas, Jabatan Kesihatan Sabah telah mengesan lapan kes Influenza A (H1N1) di negeri tersebut.

Tapi siapa sangka, penyanyi kelahiran Sabah yang berada jauh dari negerinya turut dijangiti virus tersebut.

Menerusi akaun Twitter miliknya, Stracie Angie Anam atau Stacy mengumumkan malam tadi dia turut terkena jangkitan virus Influenza A.


Turut dimuatnaik olehnya, simpton Influenza A iaitu demam, selesema, sakit tekak, cirit birit, batuk, kurang selera makan, muntah dan loya.

Patutlah, beberapa hari sebelum itu Stacy sering merungut mengalami simpton sama seperti tersebut.


Berita ini membuatkan para peminatnya bimbang namun Stacy memujuk mereka agar tidak risau kerana ia masih boleh diubati.

Penyanyi itu kini berada di Kota Kinabalu dan dipercayai akan berehat di sana sehingga sembuh.


Influenza A atau wabak selesema burung boleh menular menjadi pandemik jika tidak dikawal.

Antara langkah-langkah mudah mencegah penularan adalah mengekalkan tahap kesihatan diri dengan mencuci tangan menggunakan sabun atau sanitiser serta mengamalkan adab batuk yang baik. - REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment