Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment

Ipoh – Jabatan perlindungan hidupan liar dan taman negara (Perhilitan) Perak berjaya merampas 17 ekor burung dilindungi dari rumah seorang peneroka felda di Felda Lawin, Gerik di sini.

Dalam serbuan jam 11pagi kelmarin, pegawai Perhilitan merampas pelbagai spesis burung dilindungi seperti burung Murai Batu, Punai Daun, Merbah, ayam hutan dan pelbagai lagi burung dari rumah peneroka berusia 50-an itu.

Semua burung spesis terancam itu dipercayai dijual kepada ‘orang tengah’ dengan harga tidak kurang RM20,000.

Suspek bagaimanapun sempat melarikan diri walaupun pihak Perhilitan menyamar dengan menaiki kenderaan persendirian ketika memasuki kawasan felda berkenaan. – myMetro Online

0 comments:

Post a Comment