Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment

Diakui Dato Siti Nurhaliza bukan calang-calang nama dan orangnya dalam industri hiburan tanah air dan juga serantau Asia.

Siapa boleh menafikan kebolehan dan bakat seni yang dimiliki anak jati Kuala Lipis, Pahang ini.

Dengan pelbagai deretan anugerah yang pernah dimenanginya meletakkan nama Siti sebaris dengan lagenda seni tempatan yang lain.

Siti, 35, sudah berada dalam liganya yang tersendiri dan disebabkan itu ada ura-ura mengatakan satu teater muzikal berhubung kisah hidupnya akan dipentaskan di Istana Budaya, kelak.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Siti berkata kepada portal Gua, “menjelaskan mengenai persembahan ala drama muzikal, saya akui, saya mempunyai idea untuk mementaskan teater muzikal di Istana Budaya, tapi semuanya masih dalam perancangan”.

Dalam pada itu, Siti bakal mengeluarkan album terbarunya pada Mac ini yang bakal memuatkan 10 buah lagu bagi mengubati kerinduan peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment