Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment

SIMPANG PULAI – Kegembiraan sekumpulan 28 pendaki untuk pulang setelah menawan puncak Gunung Sugu, Cameron Highland, berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Lee Kar Giat, 61, dari Petaling Jaya, Selangor, terjatuh ke dalam gaung ketika menuruni gunung bersama rakan-rakannya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kumpulan pendaki itu memulakan ekspedisi mendaki jam 9 pagi.

“Dalam perjalanan balik, mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri.

“Seorang doktor dalam kalangan pendaki itu mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mereka menghubungi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk memaklumkan kes ini dan anggota Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai berusaha mengeluarkan mangsa dari hutan terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke HRPB untuk bedah siasat.

Difahamkan 11 anggota Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai diketuai Ketua Balainya, Rozmi Che Hamat bersama sebuah jentera berkejar ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.50 petang. - Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment