Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment

Kaherah – Menteri Dalam Negeri sementara Mesir Muhammad Ibrahim dilaporkan mengarahkan pemecatan 10 anggota polis negara itu kerana enggan mencukur jambang masing-masing.

Styesen televisyen kerajaan melaporkan, Ibrahim membuat ketetapan itu berdasarkan keputusan Majlis Tertinggi Kepolisian Mesir.

Menurutnya, tindakan ke atas 10 anggota polis berkenaan dibuat mengikut klausa dalam peraturan polis yang melarang anggotanya berjambang dan berjanggut kerana didakwa mencemarkan kewibawaan pasukan berkenaan.

Menurut peraturan itu, seorang anggota polis tidak dibenar memelihara janggut kerana akan mencemarkan kewibawaan mereka.

Anggota polis berkenaan tidak menghiraukan teguran dan surat amaran yang dikeluarkan kepada mereka menyebabkan Kementerian Dalam Negeri mengambil keputusan untuk memecat mereka.

Semakin ramai anggota polis Mesir memelihara janggut sejak Revolusi 25 Januari 2011 yang menumbangkan kerajaan Hosni Mubarak.

Tindakan mereka memelihara janggut bagaimanapun tidak diendahkan ketika pemerintahan kerajaan Presiden Muhammad Mursi.

Bagaimanapun, Mursi digulingkan dalam rampasan kuasa tentera tahun lalu dan kini berdepan dengan pelbagai tuduhan jenayah. – Agensi

0 comments:

Post a Comment