Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Pergerakan Pemuda GERAKAN sekali lagi menyarankan tindakan tegas diambil terhadap wakil rakyat atau Ahli Parlimen yang meletak jawatan tanpa alasan kukuh dan mengakibatkan pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

Menyifatkan tindakan itu sebagai pembaziran, ketua pergerakan itu, Tan Keng Liang mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminda peraturan sedia ada bagi membolehkan denda RM100,000 dikenakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri dan RM200,000 terhadap Ahli Parlimen yang sengaja berbuat demikian.

“Kedua, parti yang diwakili wakil rakyat itu hendaklah tidak dibenarkan bertanding bagi tempoh lima tahun. Undang-undang sedia ada hanya melarang individu berkenaan tidak bertanding bagi tempoh dua tahun,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada SPR, di sini hari ini.

Pada 2009, pergerakan itu mengemukakan cadangan yang sama kepada SPR, tetapi kadar dendanya RM50,000 bagi ADUN dan RM100,000 bagi Ahli Parlimen yang memanipulasikan sistem demokrasi demi kepentingan sendiri dan parti politik.

Tan berkata, setiap pilihan raya kecil (PRK) mengakibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 juta yang boleh digunakan bagi kepentingan rakyat.

Pada 2008, kata Tan, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sengaja mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Pada tahun berikutnya (2009), ADUN Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin yang ketika itu adalah Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan EXCO kerajaan negeri, meletak jawatan tanpa alasan kukuh dan terbaru di Kajang apabila penyandangnya, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi berkenaan.

“Dalam lima tahun ini tiga PRK (selepas kerusi sengaja dikosongkan). Semua ini tidak wajar. Kalau satu PRK mengakibatkan kerugian anggaran RM2 juta, tiga PRK ini merugikan RM6 juta.

“Kalau meninggal dunia, sakit, bankrap, tidak dapat menjalankan tugas atau apa-apa keadaan yang kukuh kita boleh terima. Tetapi ini bukan alasan yang kukuh. Kalau tak pasti nak jadi wakil rakyat, jangan jadi wakil rakyat,” tegasnya.

Beliau berkata, sudah tiba masa bagi SPR membuat pindaan sewajarnya demi menegakkan sistem demokrasi dan memastikan tiada pihak yang mencari kesempatan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment