SEHINGGA ke hari ini, insiden Jay Z diserang oleh adik iparnya, Solange Knowles dalam lif beberapa hari lalu masih hangat diperkatakan.
Biarpun tiada siapa di antara mereka termasuk Beyonce membuka mulut bagi menjelaskan perkara itu, namun ada ura-ura yang mengatakan ia berpunca daripada sikap ‘gatal’ Jay Z.
Solange khabarnya memberi amaran kepada pereka fesyen, Rachel Roy yang dilihat ‘terlalu rapat’ dengan abang iparnya itu sewaktu parti Met Gala yang diadakan di Standard Hotel, New York itu.
“Solange tidak menyukainya, begitu juga dengan Beyonce.
“Sesiapa yang cuba mendekati Jay Z akan diberi amaran dan perlu berhadapan dengannya terlebih dahulu,” ujar sumber, memetik Daily News.
Bagaimanapun, tindakan Solange itu dianggap melampau oleh Jay Z yang kemudiannya mengambil keputusan untuk menghadiri parti Rihanna tanpa Beyonce.
Ia sekaligus menambahkan lagi kemarahan adik iparnya sehingga bertindak menyerang Jay Z selepas itu.
Jika benar itu puncanya, mungkin suami kepada Beyonce itu akan lebih beringat dalam pergaulannya dengan wanita lain selepas ini.
Sumber: Elza / My News Hub
0 comments:
Post a Comment