Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 14, 2014

No Comment

Kes kemalangan melibatkan pejalan kaki yang menggunakan peranti belum pernah kami dengar di Malaysia.

Tetapi, kemalangan sehingga melibatkan kematian akibat menggunakan peranti ketika memandu sudah kerap kali dilaporkan.

Justeru, satu undang-undang baru di Taiwan mungkin akan digubal bagi membenarkan pihak berkuasa menyaman pejalan kaki yang melintas jalan sambil menggunakan telefon pintar mereka.

Undang-undang yang pastinya akan mendatangkan kontroversi ini terpaksa digubal bagi menyedarkan orang ramai tentang bahaya melintas jalan sambil menggunakan peranti.

Kes kemalangan akibat amalan ini semakin meningkat di Taiwan.

Terbaru, seorang pejalan kaki maut digilis teksi kerana terlalu khusyuk menggunakan peranti milik beliau.

Pihak berkuasa kini sedang memperhalusi undang-undang ini bagi menetapkan syarat-syarat yang membolehkan pejalan kaki boleh disaman.

Namun, agak melucukan kerana nilai saman yang disarankan adalah NT 300 iaitu sekitar RM 34. Nilai denda yang dikenakan ini nyata terlalu rendah.

Di Malaysia, masalah pejalan kaki menggunakan peranti ketika melintas masih belum mencapai masalah kronik.

Adakah undang-undang serupa boleh digunapakai di negara ini sebelum kejadian maut menimpa?

Bak kata orang tua, lebih baik mengadah sebelum terhantuk.

Sumber: Appledaily

Oleh: hzqahmd

0 comments:

Post a Comment