Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 14, 2014

No Comment

KUANTAN – Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kini dalam fasa terakhir menyiapkan dokumen berkaitan bagi membolehkan bantuan US$10 juta (RM32.2 juta) oleh negara itu kepada mangsa banjir di negeri ini dapat disalurkan.

Beliau berkata segala urusan pengagihan bantuan kewangan itu akan diuruskan sendiri oleh pihak kedutaan UAE dan wang bantuan tersebut akan terus dimasukkan ke dalam akaun mangsa terbabit.

“Kerajaan negeri hanya diminta untuk menyenaraikan mangsa banjir dan akaun bank mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Al-Quran Asas Kefahaman Islam dan Pembinaan Peradaban Peringkat Negeri Pahang, di sini hari ini.

Pada Disember lepas, Presiden UAE Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan bersetuju menyalurkan sumbangan US$10 juta bagi membantu lebih 20,000 keluarga yang terjejas akibat banjir besar yang melanda daerah Kuantan dan Pekan pada awal bulan itu.

Sementara itu, Adnan berkata seminar tersebut merupakan pendekatan terbaik sebagai teras kefahaman yang membawa kepada pembinaan dan pengukuhan peradaban manusia.

“Al-Quran juga petunjuk sepanjang zaman bagi orang Islam dalam segenap aspek kehidupan dan perlu dijadikan bahan rujukan setiap masa,” katanya.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment