Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 14, 2014

No Comment

KAPAL Australian Vessel Ocean Shield telah kembali ke selatan Lautan Hindi bagi meneruskan operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Selepas berlabuh seketika di pelabuhan, kapal berkenaan kembali berlayar semalam ke lokasi isyarat akustik ‘ping’ dikesan pada bulan lepas oleh alat pengesan ping, kata Pusat Koordinasi Kerjasama Agensi (JACC) dalam satu kenyataan hari ini.

Kapal selam robotik milik Amerika Syarikat Bluefin-21 pula pada semalam telah diturunkan untuk menyelam tetapi naik semula ke permukaan kira-kira dua jam kemudian kerana mengalami masalah komunikasi.

Sehingga kini menurut JACC, kapal selam berkenaan masih belum dihantar semula ke dalam laut.

Operasi mencari pesawat MH370 setakat ini melibatkan aset-aset dari Australia, China, Malaysia dan Amerika Syarikat.

Menurut kenyataan itu, pusat pengurusan JACC kini sudah berubah dari Perth ke Canberra, Australia dan ia diletakkan di Jabatan Pembangunan Serantau dan Infrastruktur negara itu.

“JACC kini dilengkapi dengan pusat koordinasi ketenteraan, dan sel merancang pencarian laut dalam yang turut dianggotai Hidrografer dari Tentera Laut Australia dan wakil dari Amerika Syarikat,” kata kenyataan itu.

Kapal-kapal laut dari Australia, Malaysia dan China serta pesawat Tentera Udara Australia dalam keadaan bersiap sedia jika ada serpihan ditemui dan siasatan perlu dijalankan.

Sumber: Ibnu Khusairy Aris / My News Hub

0 comments:

Post a Comment