Australia – Bayi berwajah dua yang berjaya mencuri tumpuan dunia ketika dilahirkan pada 8 Mei lalu, akhirnya menghembuskan nafas terakhir semalam.
Kematian bayi yang diberi nama Hope dan Faith diumumkan melalui akaun twitter Channel 9.
Bayi perempuan yang berkongsi satu badan dan mempunyai otak berasingan itu dilahirkan dengan keadaan yang amat jarang ditemui, dikenali sebagai disrosopus.
Kurang daripada 40 orang di dunia ini yang dipercayai mengalami keadaan tersebut.
Sebaik sahaja berita kematian Hope dan Faith itu diumumkan, ucapan takziah bertalu-talu diterima daripada orang ramai di media sosial.
Hope dan Faith dilahirkan oleh Renee Young . Renee dan suaminya Simon Howie juga mempunyai tujuh anak yang lain.
Mengulas mengenai kelahiran anak mereka sebelum ini, pasangan berkenaan berkata, mereka telah membawa bayi perempuan yang cantik ke dunia ini.
“Anda harus melihat keadaan mereka. Ada kalanya Faith akan menangis dan Hope akan terjaga. Kami sangat bersyukur kerana mendapat bayi ini,’’ katanya dalam satu temubual dengan Woman’s Day sebelum ini.
Sumber: DailyMail / Mynewshub
0 comments:
Post a Comment