Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 26, 2014

No Comment
Anggota keselamatan Brazil menahan beberapa individu yang terlibat dalam protes jalanan
membantah penganjuran Piala Dunia di Sao Paulo, minggu lalu.
KERAJAAN Brazil sudah memperuntukkan kira-kira RM2.7 bilion dan menyediakan 157,000 anggota tentera dan pegawai polis dalam pelan keselamatan sepanjang penganjuran Piala Dunia yang berlangsung dalam tempoh 19 hari lagi.

Langkah itu bagi memastikan keselamatan rakyat dan pelawat yang berkunjung ke negara berkenaan sempena Piala Dunia terjamin.

Sebelum ini, timbul kebimbangan mengenai isu keselamatan terutama melibatkan demonstrasi jalanan yang sering bertukar ganas.

Menteri Undang-Undang, Jose Eduardo Cardozo berkata, pihak berkuasa mengambil iktibar daripada kejadian protes jalanan ketika Piala Konfederasi tahun lalu.

Katanya, wang peruntukan itu akan digunakan untuk membeli peralatan termasuk kereta peronda, pesawat, komputer dan senjata api termasuk latihan khas untuk membendung pengganas, menangani ancaman bom dan risikan.

“Kami anggap protes jalanan satu ancaman besar dalam penganjuran Piala Dunia kali ini,” katanya.

Tahun lalu, kira-kira sejuta rakyat Brazil keluar mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah kos penganjuran Piala Konfederasi dan Piala Dunia 2014 yang dianggap melampau dan membazir.

Penunjuk perasaan menuntut wang tersebut di salur untuk tujuan kesihatan, pendidikan dan kemudahan pengangkutan.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment