Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 25, 2014

No Comment

MANILA – Seekor buaya membaham seorang nelayan hingga mati di Sungai Rio Tuba di Pulau Palawan, kata seorang pegawai semalam.

Menurut pegawai itu, Lefetnan Jeneral Greanata Jude, dalam kejadian yang berlaku kelmarin, mayat lelaki tersebut masih berada pada rahang buaya sepanjang empat meter.

Jude berkata, anggota-anggota pasukan pengawal pantai pada mulanya menemui sebuah bot yang kosong di sungai tersebut.

Menurutnya, apabila anggota-anggota itu mendekati bot tersebut, mereka mendapati terdapat mayat nelayan berkenaan berada pada rahang buaya.

Jude berkata, mayat itu juga diikat dengan tali pada bot tersebut.

Beliau berkata, anggota-anggota pengawal pantai kemudian melepaskan tembakan bagi menakutkan buaya tersebut.

Haiwan itu kemudian meninggalkan mayat dan bot tersebut selepas bunyi tembakan itu dilepaskan.

Nelayan itu berasal dari sebuah kampung berdekatan dan dia mahu menangkap gamat.

Dia mengikat badannya pada bot itu bagi membolehkannya menyelam ke dalam laut.

Jude berkata, bot nelayan itu kemudian hanyut dari laut dan memasuki sungai tersebut.

Sumber: AFP

0 comments:

Post a Comment