Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 12, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – “Kamu masih muda dan sihat jadi tiada alasan munasabah tidak mampu mencari wang. Barangan yang kamu curi itu agak tinggi nilainya dan bukanlah keperluan”.

Teguran itu dibuat Majistret Nur A’minatul Mardhiah Md Nor kepada seorang kerani yang mengaku salah mencuri 15 helai pakaian bernilai RM569.52 di pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pada 3.50 petang semalam.

Noor Faizura Idrus, 29, dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM250 atau penjara seminggu sekiranya gagal membayar denda itu. Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Peguam Rohani Ibrahim yang mewakili Nor Faizura meminta mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana anak guamnya mempunyai dua orang anak berusia empat tahun dan setahun enam bulan yang masih menyusu.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Malini Anne memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain kerana setiap individu dewasa perlu tahu tentang undang-undang.

Tertuduh membayar denda tersebut.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment