Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 12, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air mendakwa AirAsia kekurangan tenaga kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Sabtu lalu untuk mengendalikan urusan logistik.

Sehubungan itu, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meminta pekerja Malindo Air menghulurkan bantuan AirAsia dalam urusan pemunggahan bagasi dari pesawat syarikat penerbangan itu bagi mengelakkan situasi huru-hara di KLIA2.

“Sejak AirAsia mula beroperasi di KLIA2 pada 9 Mei lalu, KLIA2 menerima jumlah penumpang yang ramai.

“Kami difahamkan AirAsia mengalami sedikit kekurangan (tenaga kerja) dan MAHB meminta bantuan kami untuk membantu urusan logistik. Malindo Air segera mengerakkan sebahagian tenaga kerja kami,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, kakitangan Malindo Air membantu menguruskan bagasi daripada pesawat dari pukul 6 petang hingga 4 pagi pada Sabtu lalu.

Jelas kenyataan itu, kakitangan terbabit menggunakan peralatan dan pengangkutan sendiri termasuk satu traktor dan enam troli bagasi untuk membantu AirAsia waktu itu.

Kata kenyataan itu, Malindo Air positif operasi di KLIA2 akan bertambah baik dalam tempoh satu atau dua minggu lalu dan Malindo Air sentiasa bersedia membantu syarikat penerbangan lain demi memastikan kelancaran operasi KLIA2.

Sumber: My News Hub

0 comments:

Post a Comment