Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 27, 2014

No Comment

Data asas yang digunakan untuk mngesan laluan penerbangan pesawat Malaysi Airlines (MAS) MH370 akan didedahkan kepada umum hari ini.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Jabatan Penerbangan Awam dan syarikat satelit Britain akan secara bersama mendedahkan maklumat berkenaan.

Pihak berkuasa yang menyiasat kes kehilangan pesawat itu sebenarnya memberikan maklumbalas kepada permintaan ahli keluarga 239 orang penumpang pesawat itu yang mahu maklumat itu didedahkan, menurut laporan Daily Mail UK.

Untuk rekod, pesawat MH370 hilang dari radar pada 8 Mac lepas ketika sedang dalam penerbangan ke Beijing, China dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Data itu menunjukkan laluan penerbangan pesawat itu selepas ia gagal dikesan radar ketenteraan dan juga radar penerbangan awam.

Sejak tiba bulan lalu operasi mencari pesawat MH370 dari pelbagai negara sehingga kini buntu untuk mengesan sebarang serpihan atau jejak pesawat berkenaan.

Misteri kehilangan pesawat MH370 telah mencetuskan satu kehendak dari pemain industri global bagi membolehkan laluan penerbangan pesawat dikesan secara tepat.

Anggota Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) telah bersetuju awal bulan ini berkenaan keperluan untuk satu sistem menjejaki pesawat yang global yang lebih baik.

Ekoran itu kumpulan pengusaha industri penerbangan melalui Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) bersetuju untuk menghasilkan satu cadangan sistem berkenaan pada penghujung September ini.

Sumber: My News Hub

0 comments:

Post a Comment