Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 15, 2014

No Comment
Sekurang-kurangnya dua penunjuk perasaan anti kerajaan maut manakala 21 yang lain cedera dalam insiden tembakan dan letupan bom tangan awal hari ini, di Bangkok. Sekaligus meningkatkan ketegangan suhu politik negara Thailand.

Menurut pihak polis, dua bom tangan jenis M79 dilontar ke Tugu Demokrasi, kawasan dimana penunjuk perasaan  berkumpul sebelum disusuli dengan beberapa tembakan.

“Mangsa pertama yang terbunuh adalah seorang penunjuk perasaan yang sedang tidur di kawasan Tugu Demokrasi, sementara seorang lagi adalah pengawal yang maut selepas terkena tembakan,” kata jurucakap polis, Mejar Wallop Prathummuang kepada agensi berita AFP.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web Pusat Kecemasan Erawan Thailand, dilaporkan 2 terbunuh manakala 21 yang lain cedera tanpa memberikan butiran lanjut.

Angka korban sepanjang enam bulan tunjuk perasaan untuk menggulingkan kerajaan telah mencecah 27 nyawa, dengan ratusan yang lain cedera akibat tembakan atau serangan bom tangan.

Penujuk perasaan kini menjadikan kawasan di sekitar Rumah Kerajaan tempat bekumpul dalam usaha mendesak senat negara itu untuk menyingkirkan pentadbiran sementara dan melantik perdana menteri yang baru.

Bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra dilucutkan jawatannya oleh Mahkamah Perlembagaan Thailand minggu lalu. Parti Puea pimpinannya mengambil alih pentadbiran dan berkeras masih berkuasa dengan alasan ia adalah kerajaan yang dipilih rakyat.

Sumber: Awani

0 comments:

Post a Comment