SIBU – Seorang budak perempuan berusia 12 tahun dari Sibu Jaya mendakwa dirinya dicabul dua rakan abang iparnya ketika sedang tidur awal pagi Ahad lalu.
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 2 pagi ketika mangsa menyedari dia dipeluk oleh seseorang ketika sedang tidur di ruang tamu bersama adiknya yang berumur dua tahun.
Disebabkan dalam kegelapan mangsa tidak dapat melihat wajah suspek, mangsa bertindak menolak tangan lelaki itu dan bertanya siapa orang berkenaan.
Lelaki itu memberitahu bahawa dia adalah kawan kepada abang iparnya dan tidak lama kemudian dia cuba meraba badannya.
Mangsa yang tidak selesa bertindak menendang dan menumbuk lelaki tersebut, sebelum melarikan diri untuk mendapatkan perlindungan di dalam bilik ibunya.
Mangsa kembali semula ke ruang tamu apabila mendapati lelaki itu sudah beredar dari situ.
Ketika itu, dia menyedari terdapat seorang lagi lelaki masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur dan terus baring di sebelah adiknya.
Mangsa mendiamkan diri dan berpura-pura tidur namun tertidur di situ.
Kira-kira jam 5 pagi, dia dipeluk sekali lagi oleh lelaki berkenaan yang memasukkan tangannya ke dalam seluar dalamnya.
Mangsa terasa seperti kemaluannya disentuh sesuatu, dia terus menjerit dan bergelut dengan lelaki itu sehingga berjaya melepaskan diri dan masuk semula ke dalam bilik tidur ibunya.
Beliau mengesyaki telah menjadi mangsa cabul oleh dua lelaki yang dikenali oleh abang iparnya.
Mangsa yang dibawa oleh ahli keluarganya membuat laporan di balai polis di sini.
(ACP) Mohd Kamal Kordi Ketua Polis Daerah Sibu, ketika dihubungi mengesahkan laporan tersebut.
Polis kini sedang giat menjalankan siasatan bagi memburu dua suspek lelaki tersebut.
Sumber: New Malaysian Post
0 comments:
Post a Comment