SUSULAN kes pembunuhan enam orang oleh anak kepada pembantu pengarah Hollywood, Elliot Rodger, 22, di California pada Jumaat lalu, dia turut menyenaraikan ibu dan adik tirinya sebagai orang yang akan dibunuhnya menerusi manifesto setebal 141 muka surat.
Manifesto tersebut telah dihantar menerusi emel kepada 30 orang tertentu termasuk keluarganya sebelum kejadian itu berlaku.
Antara ayatnya ialah:
“Ia merupakan perkara yang sangat sukar dilakukan sebab saya sangat rapat dengannya (adik tiri) sejak tahun lalu, dan dia menghormati saya. Tapi saya harus lakukannya. Jika saya tak boleh menikmati kehidupan yang menyeronokkan, dia pun tidak boleh! Saya takkan membiarkan dia memalukan legasi saya.
“Untuk membunuh dia, saya juga perlu membunuh Soumaya (ibu tiri), tapi ia cukup mudah. Saya cuma perlu fikir segala kepedihan yang telah dia katakan kepada saya sebelum ini sewaktu menikam pisau ke lehernya.”
Elliot menjelaskan yang dia sudah berhasrat untuk membunuh adik tirinya sejak dia bergaduh dengan Soumaya Oktober tahun lalu kerana menganggapnya bercakap besar selepas adiknya dilamar oleh ejen untuk berlakon dalam iklan komersil.
Dia turut menyalahkan gadis yang dikenali sebagai Monette Moio atas pembunuhan yang akan dilakukannya kerana pernah membulinya sebelum ini.
Bagaimanapun, ayahnya yang juga pelakon stunt Hollywood, John Moio mempertahankan anaknya dengan menyatakan kali terakhir Monette bertemu dengan Elliot ialah sewaktu berusia 10 tahun.
“Dia seorang yang pelik. Dia meminatinya, tetapi Monette tidak mengetahuinya. Saya simpati kepadanya kerana dia tidak mendapat bantuan yang sempurna,” ujarnya.
Elliot yang menembak kepalanya selepas pembunuhan tersebut merupakan anak kepada seorang wanita rakyat Malaysia yang sudah berhijrah ke Amerika, Lichin Rodger.
Sumber: Daily Mail / Elza / My News Hub
0 comments:
Post a Comment