Nampaknya status sebagai selebriti popular Hollywood telah mendorong aktres British, Emma Watson untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam menjalani kehidupan sehariannya.
Antaranya, Emma, 24, telah mengupah seorang anggota polis wanita yang bersenjata untuk melindunginya ketika menghadiri majlis graduasinya di Universiti Brown, Rhode Island, baru-baru ini.
Pegawai polis tersebut menyamar sebagai graduan dengan memakai jubah graduan serta mortar board dan duduk di sebelah aktres filem Harry Potter itu.
Ibu Emma turut hadir menyaksikan majlis graduasi anaknya yang menuntut dalam pengajian sastera English.
Sumber: Audrey Lee / My News Hub
0 comments:
Post a Comment