Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 26, 2014

No Comment

Nampaknya harapan suami pelakon Fasha Sandha untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata lagi menerusi kehamilan kedua isterinya tidak kesampaian apabila Fasha disahkan doktor sedang hamil anak perempuan.

Berkongsi perkara itu di laman Instagramnya, Fasha mendedahkan jantina anak kedua untuk tatapan peminat setianya.

Fasha menulis, “#kisahsemalam, dah siap for ABP tapi baby girl dalam perut buat perangai pulak. Pedih perut dan tak selesa. Congrats to all the winners”.

Hasil perkahwinan Fasha dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, pasangan ini telah dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayfal Ramli, yang kini berusia setahun dua bulan.

Fasha turut mempunyai seorang anak tiri, Putra Rayqal Ramli, 5, hasil perkahwinan terdahulu Jejai dengan aktres Nora Danish.



Sumber: Audrey Lee / My News Hub

0 comments:

Post a Comment