SELEPAS beraksi 455 perlawanan dan merangkul enam trofi liga, khidmat pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand tidak lagi diperlukan kerana pasukan itu dikatakan fokus untuk membina skuad yang baharu untuk menghadapi musim depan.
Rio difahamkan tidak kecewa dengan keputusan pihak pengurusan yang tidak menawarkan pembaharuan kontrak yang berakhir pada hujung musim ini.
“Saya sudah memikirkan tentang ini sejak beberapa bulan yang lalu, selepas 12 tahun menyarung jersi The Red Devils dan akui United adalah kelab terbaik.
“Terlampau banyak kenangan manis saya di sini seperti beraksi bersama bintang United serta memenangi Liga Perdana Inggeris yang pertama bersama United, kini tiba masanya untuk saya pergi,” katanya
Tambahnya lagi, walaupun pemergian tidak direstui, dia ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua rakan yang banyak merealisasikan impiannya untuk menjulang trofi.
Sumber: Sinar Online
0 comments:
Post a Comment