Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 11, 2014

No Comment

Seorang pelanggan yang terkejut menemui bendasing meloyakan dalam susu kotak yang dibelinya di pasaraya bertindak berkongsi gambar dan kejadian ini di Facebook atas alasan demi keselamatan pengguna lain.

Menurut pengguna yang meletakkan pos ini secara ‘public’, sudah menjadi kemestian untuknya membeli empat hingga lima kotak susu berjenama terkenal tersebut setiap bulan sebelum disimpan dalam peti sejuk untuk diminum keluarganya.

Bagaimanapun 4 Mei lalu, dia terkejut apabila mendapati susu perisa coklat yang disudah dibuka empat atau lima hari sebelumnya namun disimpan dalam peti sejuk mengandungi ketulan meloyakan.

Menurut pengadu, dia terkilan kerana air susu tersebut sudah separuh masuk ke dalam perut keluarganya sebelum perkara itu disedari.


Pengguna terbabit segera menelefon syarikat pengeluar susu tersebut namun terkilan apabila diminta oleh operator yang menjawab panggilan supaya menelefon semula keesokan harinya.

Justeru, dia berkongsi perkara ini di Facebook mungkin kerana berasa aduannya kurang mendapat perhatian.

Jika dilihat gambar yang dikongsikan pengguna ini, ia memang nampak meloyakan sedangkan tarikh luput susu berkenaan pada 1 Jun 2014.




Pasti ada penjelasan mengapa susu ini rosak sebelum waktunya.


Terdapat komen di Facebook pengadu ini menasihatkannya bahawa susu kotak sememangnya tidak boleh disimpan lama walaupun dalam peti sejuk selepas ia dibuka.




Bagaimanapun pengajaran yang boleh diambil daripada insiden ini adalah, syarikat pengeluar susu tersebut sepatutnya lebih mengambil berat aduan daripada pengguna agar mereka tidak mengambil jalan menghebahkan perkara sebegini di media sosial sekaligus beri impak negatif pada jenama mereka.

Sumber: Rem Ramzi / My News Hub

0 comments:

Post a Comment