Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 26, 2014

No Comment

GEORGETOWN – Seorang lelaki yang disyaki pengedar dadah ditahan selepas polis menemui ketulan mampat ganja dalam kotak susu formula dalam satu pemeriksaan di Jalan Macalister, di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, kotak susu itu ditemui dalam kereta Mercededes Benz yang dipandu lelaki terbabit.

Beliau berkata, siasatan mendapati lelaki berusia 26 tahun itu bekerja di sebuah bengkel cuci kereta di sini dan dipercayai menjalankan kegiatan mengedar dadah sejak tiga bulan lepas.

“Ganja itu dibalut dengan kertas timah dan kotak itu turut dibalut kemas dalam plastik hitam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, ganja seberat 1.3 kilogram bernilai RM3,000 itu dipercayai dijual secara kecil-kecilan di sekitar bandar ini.

Lelaki itu ditahan reman sehingga 29 Mei ini bagi membantu siasatan, katanya.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment