Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 29, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Grand Brilliance berbangga kerana filem KIL lakonan Redza Minhat dan Cristina Suzanne layak menyertai Festival Filem ‘Fantastic’ Antarabangsa Porto Alegre 2014 di Brazil dan Festival Filem Asia Tenggara 2014 di Singapura baru-baru ini.

Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, filem cereka yang dibuat pada tahun 2013 itu merupakan satu-satunya filem dari Malaysia yang menyertai kedua-dua festival tersebut.

“Filem KIL telah bertanding bersama 10 buah filem hebat termasuk komedi-drama dari Kanada The Dirties dan filem arahan Martin Turk, Feed Me with Your Words, dari Slovenia pada i Festival Filem ‘Fantastic’ Antarabangsa Porto Alegre 2014.

“Penyertaan filem KIL di festival filem terbesar di Amerika Latin itu bertambah bermakna sempena ulang tahun festival itu yang kesepuluh tahun ini. Program tahun ini disertai lebih 150 filem yang ditayangkan sepanjang 17 hari,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Tengku Iesta turut memaklumkan, filem KIL juga merupakan satu-satunya filem Malaysia yang menyertai barisan filem di Festival Filem Asia Tenggara 2014 pada April lalu.

Menurut Grand Brilliance, KIL merupakan filem pertama arahan Nik Amir Mustapha yang m,enerima tayangan perdana dunianya di Marche du Film di Cannes pada Mei 2013

Filem tersebut mempunyai keupayaan mengetengahkan subjek bunuh diri dengan cara yang positif itu pernah juga menyertai beberapa festival filem antarabangsa sebelum ini.

Antaranya termasuk Festival Filem Luang Prabang 2014, Festival Filem Antarabangsa Dhaka 2014 dan Festival Filem Asia Osaka 2014.

Sumber: Mynewshub

0 comments:

Post a Comment