Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 29, 2014

No Comment

IPOH: Seorang pemandu terbunuh apabila kereta yang dipandunya terjunam ke dalam laut di Lekir Bulk Terminal dekat Pelabuhan Lumut pada malam Rabu.
Pegawai kanan balai bomba Manjung, Ismail Othman berkata,  pemandu tersebut yang belum dikenal pasti, terperangkap di dalam keretanya dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 11.30 malam dekat Sitiawan, kira-kira 90 kilometer dari sini.

"Memandangkan keadaan gelap, kami terpaksa bergantung dengan peralatan sonar yang dimiliki pekerja jeti di sini untuk membantu mengesan kereta tersebut yang tenggelam di dalam laut.

"Sebaik saja dikesan, kami hanya boleh mengarahkan penyelam untuk mengeluarkan kereta tersebut kira-kira pukul 8 pagi Khamis," katanya.

Menurut Ismail, mereka berjaya mengangkat kereta tesebut dari laut dengan menggunakan sebuah kren di jeti di sini.

"Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya.

Operasi menyelamat berakhir pada pukul 10.40 pagi.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment