Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 29, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pengguna minyak Shell berpeluang memenangi hadiah percutian lima hari empat malam ke Spa-Francorchamps, Belgium untuk menyaksikan perlumbaan Formula One Grand Prix Belgium pada penghujung bulan Ogos 2014.

Pengurus Pemasaran Shell Lubricants, Alex Lim berkata, peluang itu terbuka kepada semua pengguna Shell yang mengunjungi pameran bergerak Shell Helix ‘The Ultimate Ferrari Experience’ di North Court MidValley Megamall di sini dari 4 hingga 8 Jun ini.

“Pada tahun ini, promosi global Shell Helix memberi peluang kepada lima pengunjung memenangi hadiah utama itu. Semasa di Belgium, mereka akan mengunjungi suite VIP Shell, meluangkan masa bersama pasukan Scuderia Ferrari dan melawat `paddock’ untuk menyaksikan kerja di sebalik tabir,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Menurut Alex, pengunjung pameran itu juga berpeluang menyertai pelbagai pertandingan lain yang turut menyediakan hadiah menarik termasuk wang tunai, iPad Mini, baucar percutian ke Berjaya Tioman Resort dan bekalan minyak enjin Shell Helix Ultra 5W-40 untuk dua tahun.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut tentang pameran tersebut supaya melayari laman www.shell.com.my.

Sumber: Mynewshub

0 comments:

Post a Comment