Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 26, 2014

No Comment
Mohd Mokhtar meneliti kayu besbol yang dirampas susulan penahanan empat lelaki di
Taman Century, baru-baru ini
JOHOR BAHRU –  Polis Johor menahan 14 lelaki termasuk dua warga asing dalam beberapa siri serbuan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan ragut dan samun sekitar Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor Bahru dan Kluang.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, dua warga asing yang ditahan didapati terlibat dalam sekurang-kurangnya 13 kes samun membabitkan nilai kerugian kira-kira RM450,000.

“Kedua-dua mereka ditahan di Johor Bahru pada jam 5.20 petang padaa 15 Mei lalu dan kita berjaya merampas sebuah kereta serta wang tunai berjumlah RM13,748.

“Selain itu polis turut merampas dua parang, enam nombor pendaftaran kenderaan, enam telefon bimbit, 10 beg tangan dan sebuah komputer riba,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Johor, semalam.

Dalam pada itu katanya, tujuh lelaki berusia 17 hingga 29 tahun ditahan pada 21 Mei lalu selepas dipercayai terlibat dalam kejadian samun dan melarikan kenderaan di Kilometer 58 Lebuhraya Utara Selatan pada 19 Mei.

“Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke Simpang Renggam dan telah berhenti di tepi jalan untuk menghubungi majikannya sebelum didatangi empat lelaki berparang yang melarikan van miliknya.

“Bertindak atas maklumat, tujuh lelaki berjaya ditahan enam hari selepas itu dan berjaya merampas van mangsa yang disamun serta sebuah kereta yang dilaporkan hilang,” katanya.

Mohd Mokhtar berkata, polis turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun, selain rampasan dua parang, tukul besi serta tiga topeng.

Manakala polis berjaya merampas sebuah pistol tiruan susulan penahanan empat lelaki ketika membuat rondaan Ops Cantas di Taman Century di sini kira-kira jam 3 petang pada 21 Mei lalu.

“Polis telah menahan sebuah kereta dinaiki empat lelaki berusia 21 hingga 30 tahun dan salah seorang mereka didapati mempunyai rekod kesalahan jenayah.

“Polis turut merampas sebatang kayu besbol hasil pemeriksaan ke dalam kereta suspek dan kesemua disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960,” katanya.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment