Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 14, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Suara Anak Muda Satu Malaysia (SAM1M) meminta pihak polis menyiasat kes seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di Arau, Perlis mendakwa dicabul oleh pensyarahnya yang juga penceramah dan pakar motivasi terkenal secara telus dan adil.

Ketua Unit Hal Ehwal Wanita dan Mahasiswi (Helwanis) SAM1M, Nur Diyana Nadirah Mohd. Hadi berkata, pihaknya memandang berat kes tersebut dan tidak mahu mana-mana pihak memperlekehkan aduan yang dibuat oleh pelajar tersebut.

“Kami memohon pihak polis membuat siasat secara adil dan saksama. Meskipun peratus kes gangguan seksual paling rendah dalam kes keganasan ke atas wanita, semua pihak tidak boleh mengambil ringan kes seperti ini,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Nur Diyana turut memaklumkan Helwanis SAM1M bersedia membantu mana-mana pelajar perempuan yang menjadi mangsa gangguan seksual termasuk perkhidmatan guaman, keselamatan dan kaunseling dengan bantuan organisasi tertentu.

Sehubungan itu, beliau meminta golongan pelajar IPT tidak takut melaporkan gangguan seksual yang dilakukan pensyarah ke atas mereka kerana negara ini mempunyai undang-undang melindungi mereka.

Beliau turut menegur gerakan mahasiswa arus perdana yang mendiamkan kes tersebut.

“Mahasiswa juga harus dilindungi dan diberi hak sewajarnya oleh semua pihak,” tegasnya

Sumber: My News Hub

0 comments:

Post a Comment