Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 7, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin hari ini menyatakan bahawa hukum hudud perlu dilaksanakan namun hukuman tersebut perlulah dikenakan kepada semua golongan termasuk golongan tertinggi negara.

Dr Asri yang juga merupakan bekas Mufti Perlis berkata, sebagai contoh di negara Arab Saudi, hukuman hudud hanya dikenakan ke atas rakyat namun tidak bagi golongan istana, oleh itu tambahnya kalau mengikut hudud sebenar semua golongan perlu disabitkan hukuman hudud sekiranya didapati bersalah.

“Sebagai Muslim kita wajib menyokong hukuman hudud.

“Tetapi perlaksanaan hudud perlulah untuk semua golongan, bukan untuk rakyat bawahan sahaja.

“Sebab kalau ikut hadis Nabi, kalaulah Fatimah mencuri, beliau wajib dipotong tangan.

“Oleh itu untuk perlaksanaan hudud kita perlu pastikan semua golongan akan dikenakan hudud, walaupun orang tersebut merupakan golongan istana,” katanya pada Wacana Sinar Harian siri ke-27 bertajuk ‘Hudud: Bersediakah Kita” di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan, Asri menegaskan bahawa secara peribadinya beliau menyokong perlaksanaan tersebut namun Kelantan perlu mengemas kini undang-undang yang sedia ada.

“Perlaksanaan hudud di Kelantan, secara peribadinya saya menyokong penuh.

“Namun Kelantan perlu mengemas kini undang-undang yang sedia ada. Pastikan kerangka-kerangka ke arah perlaksanaan hudud itu diperkukuhkan terlebih dahulu.

“Misalnya, membendung hiburan, merangka pusat baitulmal supaya lebih efisien, bidang pendidikan yang lebih baik, mewujudkan suasana kondusif dan sebagainya selain memperkuatkan dan mengemaskini undang-undang yang sedia ada,” katanya. - MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment