Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 7, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan Perak mengalami gangguan bekalan elektrik jam 2 hingga 5 petang tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) antara kawasan yang terbabit adalah di Bandar Baru Nilai dan Rantau di Negeri Sembilan; beberapa tempat di Segamat, Bakri dan Pagoh di Johor; Merlimau, Masjid Tanah dan Jasin (Melaka); Manjung di Perak; Beberapa tempat di Sungai Petani dan Kulim (Kedah) serta beberapa kawasan di Prai, Pulau Pinang.

Menurut TNB, punca kejadian sedang disiasat dan pengguna dinasihati supaya menghubungi talian 15454 untuk sebarang pertanyaan.

Di Melaka, gangguan itu bermula pada kira-kira 2.30 petang di sekitar Masjid Tanah, Bukit Katil dan Jasin.

Jurucakap Tenaga Nasional Berhad (TNB) negeri ketika dihubungi berkata, gangguan disebabkan kerosakan pada stesen pencawang kuasa utama syarikat berkenaan di Jasin.

“Kami menerima banyak aduan mengenai gangguan bekalan elektrik daripada orang ramai dan pihak TNB sudah menghantar juruteknik untuk menyiasat pencawang yang terjejas dan punca gangguan,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, bekalan elektrik membabitkan semua kawasan di Melaka berjaya dipulihkan mulai jam 5.30 petang.

Sementara itu, dua kawasan perindustrian di Perak iaitu Jelapang dan Lumut mengalami gangguan bekalan elektrik selama kira-kira dua jam bermula 2.30 hingga 4.30 petang tadi.

Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak Datuk Mohd Zahir Md Nagor berkata, gangguan berkenaan berlaku disebabkan masalah di stesen jana kuasa elektrik TNB.

Gangguan juga dirasai majoriti penduduk di Alor Setar, Sungai Petani dan Kulim kira-kira jam 1 hingga 2 petang tadi, manakala beberapa kawasan di Negeri Sembilan, iaitu Bandar Baru Nilai, Mantin dan Rantau di daerah Seremban, Bahau di Jempol dan Pasir Besar di Gemas mengalami gangguan bekalan elektrik antara 2 hingga 5 petang tadi akibat masalah di beberapa stesen jana kuasa elektrik TNB.

Di Johor pula, beberapa tempat di Segamat dan Bakri Pagoh mengalami gangguan elektrik lebih dua jam bermula kira-kira jam 2 petang tadi.

0 comments:

Post a Comment