Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 7, 2014

No Comment

KOTA BHARU – Jabatan Penerangan Negeri Kelantan bersama Majlis Permuafakatan Komuniti 1Malaysia (K1M) di sini akan mempergiat usaha menyampaikan maklumat berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada rakyat.

Pengarah Penerangan negeri Ramly Yusoff berkata dalam masa sama, pihaknya akan memberi penjelasan berkaitan rasionalisasi subsidi dan kenaikan harga barangan agar ia mudah difahami rakyat.

Beliau berkata pihaknya menyasar 2,720 program penerangan di seluruh negeri tahun ini dan sehingga Isnin lepas, sebanyak 1,014 program telahpun dilaksana.

“Purata penyertaan bagi setiap program ialah 80 orang dan setakat ini, daripada 1,014 program yang dijalankan telah disertai 79,760 peserta,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat K1M Kelantan hari ini.

GST, pada kadar 6 peratus, bakal dilaksana mulai 1 April 2015 bagi menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan sebanyak 16 peratus.

Ramly berkata sehingga kini, pihaknya mengedar 10,000 buku kecil berkaitan GST kepada rakyat, termasuk institusi pendidikan awam dan swasta.

Melalui penglibatan K1M, yang bertindak sebagai ‘mata dan telinga’ kerajaan, beliau berharap segala maklumat dapat disampaikan ke peringkat akar umbi.

Sementara itu, anggota K1M Kelantan membantah perhimpunan di Kuala Lumpur pada 1 Mei lepas, yang dianggap mampu menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Pengerusi K1M Machang Abdul Rahman Idris berkata kebanyakan mereka yang menentang pelaksanaan GST sebenarnya tidak memahami konsep cukai itu.

“Kerjasama Jabatan Penerangan dengan K1M dalam menyebarkan maklumat sebenar yang mula dilaksanakan awal tahun ini, dilihat akan memberi kesan positif terhadap pemahaman sebenar rakyat berhubung GST dan dasar kerajaan yang lain,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment