Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 7, 2014

No Comment

IPOH – Kerajaan negeri memandang serius tahap penembusan jalur lebar yang rendah di negeri ini, dipercayai akibat daripada kecurian infrastruktur komunikasi.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau telah mengarahkan KPerak untuk menyiasat perkara itu.

“Kami sudah pun meminta KPerak menjalankan siasatan dan audit kenapa tahap penembusan jalur lebar di Perak paling rendah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan di sini hari ini.

Beliau berkata banyak kes kecurian peralatan komunikasi seperti kabel dilaporkan di negeri ini dan ia dipercayai menjadi punca capaian jalur lebar yang lemah.

“Berasaskan laporan kes, kegiatan berkenaan dilakukan oleh mereka yang cukup mahir,” katanya.

Zambry berkata kes kecurian melibatkan peralatan komunikasi perlu diatasi segera.

“Sebagai pengerusi Majlis Keselamatan Negara negeri Perak, saya akan meminta perkara ini disiasat dari akar umbi sama ada ia dirancang untuk tujuan sabotaj,” katanya.

Beliau berkata masalah itu telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk segera membuat perancangan bagi meningkatkan kelajuan jalur lebar terutama di lebuh raya, kawasan kampung dan pinggir bandar di negeri ini.

Katanya SKMM sudah berjanji untuk menubuhkan 12 buat pusat Internet 1Malaysia di seluruh negeri serta 13 ibu sawat jalur lebar berkelajuan tinggi.

Ketika ini terdapat 23 ibu sawat jalur lebar berkelajuan tinggi di Perak. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment