Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 8, 2014

No Comment

Selama ini dia memang tidak mudah berkongsi mengenai kisah peribadinya pada umum. Namun sekitar April lalu, penyanyi Jaclyn Victor mengkhabarkan satu berita gembira menerusi laman sosial Instagramnya. Menerusi sekeping gambar yang dimuat naik, seperti memberitahu yang dia akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Namun cukup sekadar ‘memberitahu’ yang dia hendak berkawin. Bila? Dengan siapa? Sehingga kini penyanyi bersuara lantang ini masih merahsiakan tentang semua itu.

Meskipun sebelum ini pihak media cuba ‘memujuk pelantun ‘Jagalah Diri’ ini untuk berkongsikan mengenai hal tersebut, namun Jac tetap mengunci mulut. Reaksi yang sama diberikan tatkala bertemu beliau, semalam.

“(Gelak) Semuanya akan saya beritahu pada 12 Ogos nanti. Selama ni saya tak cakap pun pada media yang saya akan umumkan tarikh kahwin ker atau apa. Tapi apa-apa pun, saya dah bersedia mendedahkan segala-galanya pada hari tersebut”, kata Jac secara ringkas.

Pemilik nama sebenar, Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 36, ini ditemui pada pada sidang media sitkom popular yang berkonsepkan pendidikan, ‘Oh My English’ musim ketiga di S.M.K Sri Serdang, semalam.

Dalam sitkom tersebut, Jac muncul sebagai cameo di episod ke-18. Menariknya dalam episod berkenaan berkonsepkan muzikal.

Musim baru ‘Oh My English!’ yang akan bermula pada 18 Mei ini menampilkan gabungan mantap barisan pelakon seperti Nadiya Nisaa, Ogy, Carmen Soo dan Amira Rosly. Selain mengekaalkan watak-watak terdahulu seperti Jibam (Akhmal Nazri), See Yew Soon (Roax Tan), Mazlee (Zhafir Muzani), Anusha (Kaameshaa a/p Ravindran) serta guru-guru kesayangan mereka Mr. Henry Middleton (Zain Saidin) dan Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah). – Malaysian Digest

0 comments:

Post a Comment