PELBAGAI cara dilakukan oleh insan yang bergelar ibu bagi memastikan anak-anak mereka mendapat khasiat terbaik daripada makanan yang dimakan.
Bagaimanapun, ada yang berdepan dengan kesukaran dengan perangai anak yang sukar untuk menghabiskan makanan yang dihidangkan kepada mereka.
Atas sebab itu, seorang suri rumah Malaysia, Samantha Lee tampil dengan idea kreatif iaitu dengan mencipta karakter tertentu dalam hidangan khas buat kedua-dua anak perempuannya.
Ia termasuklah menggunakan karakter animasi kartun terkenal termasuklah Snow White, Hello Kitty, Batman dan bermacam-macam lagi.
“Saya mula menghasilkannya pada Disember 2008 sewaktu sedang mengandung anak kedua. Ia untuk menggalakkan anak sulung saya makan secara berdikari selepas kehadiran adiknya.
“Saya akan melakar terlebih dahulu hidangan tersebut sebelum menghasilkannya bagi mengelakkan pembaziran makanan. Gunting, pisau dan pencungkil gigi adalah peralatan yang saya gunakan,” ujarnya menerusi laman web miliknya.
Gambar-gambar makanan tersebut turut dikongsi menerusi akaun Instagramnya yang kini sudah mencecah hampir 500,000 pengikut. Memang mengagumkan!
Sumber: Elza / My News Hub / Leesamantha.com
0 comments:
Post a Comment