KUALA LUMPUR – Kualiti udara di seluruh negara secara keseluruhannya baik dengan hanya lima kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 8 pagi ini.
Portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyatakan kawasan yang merekodkan bacaan IPU melebihi 50 ialah Tanah Merah (58), Balok Baru, Kuantan (60), Pelabuhan Kelang (53), Kemaman (53) dan Paka (51).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan masing-masing. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment