Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 18, 2014

No Comment

SEORANG suri rumah hari ini membuat laporan polis mendakwa suaminya cedera semasa dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Perak.

M Pushpa, 37, yang ditemani peguamnya M Kulasegaran membuat laporan itu di IPD berkenaan pada 12.40 tengah hari.

Beliau berkata, polis memaklumkan suaminya S Selvakumar, 38, dimasukkan ke di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun dan kini masih tidak sedarkan diri, sejak Rabu.

“Saya masih ragu-ragu dengan berita itu dan keesokan harinya ke Mahkamah Ipoh untuk memastikan sama ada suami saya berada di hospital atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Selvakumar, ditahan pada 6 Mei kerana disyaki terlibat dalam kes dadah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan lanjut akan dijalankan.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment