Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 28, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah terhadap dua tuduhan memiliki dadah kanabis seberat 328.07 gram pada tahun lalu.

Bagi pertuduhan pertama memiliki 320 gram kanabis di sebuah rumah di Kampung Kemensah, Ampang, Selangor, pada jam 11 malam, 18 Mac 2013, Norazlan Zariah@Zakaria, 40, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan.

Dia dijatuhi hukuman penjara tiga tahun bagi pertuduhan kedua iaitu memiliki 8.07 gram kanabis di tempat dan pada masa sama.

Bagaimanapun, Norazlan yang bekerja sendiri hanya perlu menjalani hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas Hakim Datuk Abdul Halim Aman memerintahkan hukuman berjalan serentak dari tarikh dia ditangkap pada 18 Mac 2013.

Mahkamah bagaimanapun melepaskan dan membebaskan isteri tertuduh, Yuslinda Mohamad, 36, daripada pertuduhan memiliki dadah tersebut setelah pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadapnya.

Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Abdul Halim berkata Norazlan patut bersyukur sebab pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan iaitu memiliki berbanding tuduhan asal mengedar dadah kanabis selain menarik balik pertuduhan yang dihadapi isterinya.

Beliau berkata hukuman penjara dan sebatan patut menjadi suatu pengajaran kepada Norazlan yang mempunyai seorang anak berusia sembilan tahun meskipun ia adalah kesalahan kali pertamanya.
Peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili Norazlan semasa merayu mahkamah meringankan hukuman berkata anak guamnya memohon mahkamah membenarkannya menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Aidatul Azura Zainal Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira tahap bahaya dadah jenis kanabis dan faktor kepentingan awam.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment