Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 18, 2014

No Comment

PERSATUAN Rangkaian Pencegahan Jenayah Malaysia (NCPNA) mengumumkan perlantikan bekas Asisten Komisioner bersara Datuk Dr Leong Chee Woh sebagai penasihat persatuan berkenaan berkuatkuasa serta-merta.

Leong merupakan bekas pegawai polis yang berasal dari Taiping dan berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 34 tahun sebelum bersara sebagai Timbalan Pengarah Operasi Cawangan Khas.

Dia turut digelar sebagai ikon Cawangan Khas kerana pengorbanannya yang tidak pernah berhenti dalam perjuangan menentang pengganas komunis sejak tahun 1948 hingga 1960 dan dari 1970 hingga 1990.

Beliau mula menyertai PDRM ketika Darurat, perkhidmatannya yang baik membawanya ke dalam bidang anti komunis yang mana beliau kemudian berkhidmat dengan Polis Hutan.

Bagaimanapun, kekuatan sumbangannya di dalam PDRM diiktiraf pada April 1954 selepas beliau ditukarkan ke Cawangan Khas.

Ketika bertugas di Cawangan Khas, Leong telah pun ditugaskan di beberapa buah negeri. Antara negeri utama ialah kejayaan membanteras komunis di Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan Sarawak.

Beliau turut dikurniakan pelbagai darjah dan penghargaan termasuk Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Datuk dan juga Darjah High Order Of Tritraphon Mongkut oleh Raja Thailand.

Selepas bersara, Leoang banyak terlibat dengan berkongsi pengalamannya bersama orang ramai dalam beberapa siri ceramah awam.

Beliau turut melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) dan telah menulis lima buah buku dalam siri Scorpio berkaitan perjuangan menentang komunis.

NCPNA yakin dengan perlantikan Leong sebagai penasihat ia akan menguatkan lagi semangat dan nilai persatuan dalam perjuangan menentang jenayah.

“Kami akan meneruskan niat murni kami untuk menyokong aspirasi kerajaan untuk menurunkan kadar jenayah dan juga membantu persatuan di Malaysia khususnya persatuan golongan muda untuk meraih kualiti dalam hidup,” kata persatuan itu dalam satu kenyataan.

Sumber: My News Hub

0 comments:

Post a Comment