VOKALIS kumpulan As I Lay Dying, Tim Lambesis terbukti bersalah kerana merancang untuk membunuh isterinya.
Dia menerima hukuman penjara selama enam tahun oleh Mahkamah Wilayah California, Amerika Syarikat.
Seperti dipetik Rauters pada Sabtu, Tim terbukti memberi upah untuk membunuh isterinya Meggan.
Bagaimanapun, rancangan pembunuhan itu diketahui oleh pihak polis selepas dimaklumkan oleh individu tertentu.
Semuanya bermula ketika Tim mengirim emel kepada Meggan untuk memberitahu bahawa dia sudah tidak mencintai wanita itu dan ingin berpisah.
Isterinya membalas dengan mendakwa Tim curang dan tidak membenarkan lelaki itu menjaga ketiga-tiga anak angkat mereka.
Sumber: mStar
0 comments:
Post a Comment