Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 28, 2014

No Comment

SAN FRANCISCO: LG Electronics melancarkan telefon pintar baru, G3 yang disasarkan untuk mengambil sebahagian pelanggan daripada dua pemain utama industri, Apple dan Samsung. 

Pelancaran serentak G3 di beberapa bandar raya dunia, akan mula dipasarkan di Amerika Syarikat (AS) September ini. 

Model ini yang akan menggantikan G2, dipadankan dengan skrin 5.5 inci (14 sentimeter) dengan kualiti skrin empat kali ganda jauh lebih baik berbanding varian standard serta bateri yang tahan lebih lama. 

Pelbagai ciri terkini turut ditampilkan untuk mengujakan peminat telefon pintar termasuk keupayaan kamera yang dipertingkatkan termasuk perisian termaju yang membolehkan pengguna ‘selfie’ hanya dengan pergerakan tertentu serta fokus yang ditambah baik dengan bantuan laser. 

“Ia menjadikan selfie lebih mudah,” kata ketua pemasaran produk LG Eropah, James Marshal di sini, semalam. 

“Kita perlu terima hakikat bahawa di seluruh dunia, pengguna gemarkan selfies,” katanya. 

Selfie merujuk kepada perbuatan mengambil gambar sendiri menggunakan kamera depan di telefon pintar. 
Dengan menampilkan pelbagai ciri ergonomik termasuk badan G3 yang melengkung bagi membolehkan peranti itu kemas dalam genggaman, LG juga merombak keseluruhan pemuka telefon pintar itu bagi menjadikannya lebih ringkas dan mudah digunakan. 

Antara penambahbaikan yang ditampilkan termasuk keupayaan untuk mengaktifkan G3 dengan ‘mengetuk’ skrin atau membuat pergerakan tertentu serta serangkaian perkhidmatan pembantu maya yang dikenali ‘Smart Notice’. 

Smart Notice menawarkan cadangan berdasarkan pelbagai faktor termasuk tingkah laku pengguna dan lokasi. Contohnya, perisian itu akan mencadangkan aplikasi yang tidak digunakan dan menawarkan untuk memadamkannya atau memaparkan senarai barangan hendak dibeli apabila peranti itu sudah sampai ke pasar raya berkaitan. 

LG turut memasukkan aplikasi ‘suis padam’ yang membolehkan pengguna untuk mengunci, padam atau merosakkan sesebuah peranti yang hilang atau dicuri. 

Peranti pintar G3 dijana perisian Android, keluaran Google. 

LG adalah pengeluar kelima telefon pintar dunia pada suku pertama 2014 dengan 4.4 peratus bahagian pasaran, mengikut firma penyelidikan IDC. 

Samsung kekal sebagai peneraju dengan 30 peratus pasaran, Apple (15.5 peratus) diikuti Huawei (4.7 peratus) dan Lenovo (4.6 peratus).

Sumber: AFP

0 comments:

Post a Comment