Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 25, 2014

No Comment

Calon BN untuk pilihan raya kecil Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong menyahut seruan untuk mengecam penyebaran gambar palsu Dyana Sofya Mohd Daud berbikini di masjid, seperti didakwa DAP petang semalam.

Menurutnya, BN tidak akan berkempen dengan cara sedemikian rupa kerana beliau sendiri sejak awal lagi sudah berikrar untuk berkempen secara bersih.

"Sudah tentu dari hari pertama (lagi) saya tak setuju dengan ini.

"Kita BN tak buat ini, di Internet pun banyak gambar saya dibuat begini," katanya merujuk kepada gambar beliau yang sebelum ini turut didakwa menjadi mangsa ubah suai dan disebarkan di Internet.

Beliau seterusnya mengajak calon Dyana agar turut sama mengecam serangan dan contengan cat warna hitam ke atas poster-posternya sebelum ini.

"Saya turut kecam (tindakan sebar gambar palsu Dyana) dan dia juga perlu kecam (poster saya yang diconteng).

"Yang serang poster-poster saya, awak lihatlah (poster-poster) berhampiran pasar dengan cat hitam, ini juga salah.

"Saya juga tidak setuju gambar saya diperlakukan begini," katanya.

Beliau ditemui selepas berkempen pada majlis anjuran Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di Taman Melor, Teluk Intan, malam semalam.

Sumber: Malaysia Kini

0 comments:

Post a Comment