Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 29, 2014

No Comment

Selepas dua bulan harapan untuk mendapat perkembangan terkini berkenaan nasib ahli keluarga yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, nampaknya waris penumpang terpaksa menunggu sekurang-kurangnya dua bulan lagi.

Misi kapal selam robotik Bluefin-21 kini sudah pun melengkapkan misi terakhirnya di Lautan Hindi semalam menandakan operasi pencarian dasar laut telah berakhir untuk masa ini, menurut laporan laman web CNN.

Dengan pencarian menggunakan Bluefin-21 terus buntu serta terpaksa menelan kos sebanyak ASD$40,000 Dolar Amerika sehari untuk beroperasi, pasukan mencari kini kembali duduk bersama dan berbincang untuk menggunakan aset lain yang lebih canggih.

Tidak banyak syarikat yang memiliki aset berteknologi tinggi dan berkemampuan untuk mengendalikan operasi mencari sedemikian rupa.

Usaha mencari syarikat yang ada dan perbincangan kontrak akan mengambil masa, dan menurut pihak berkuasa mereka mahu melantik satu syarikat untuk mengetuai fasa seterusnya dalam operasi pencarian MH370.

Fasa baru itu yang akan melibatkan kawasan seluas 60,000 km persegi dipercayai tidak akan bermula sekurang-kurangnya dua bulan dengan kos kira-kira AS$60 juta.

Sementara itu, China kini sedang menggunakan sebuah kapal khas untuk membuat operasi pemetaan dasar lautan di sebuah lokasi terpencil di Lautan Hindi, sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Biarpun kapal selam robotik Bluefin-21 memberikan visual yang lebih baik berkenaan dasar lautan selain peralatan sonar yang lain, kapal selam itu hanya boleh menyelam sedalam 4.5 kilometer sahaja.

“Kedalaman kawasan lautan yang bakal diterokai selepas ini masih tidak jelas kerana ia masih belum dipetakan melalui rekod,” kata Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss awal bulan ini.

Sumber: Ibnu Khusairy Aris / Mynewshub

0 comments:

Post a Comment