Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 29, 2014

No Comment

KEPALA BATAS – Seorang lelaki maut apabila lori muatan asid hidroklorik yang dipandunya merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 126.9 Lebuhraya Utara Selatan, di sini, hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohd Shoki Hamzah, berkata kejadian pada jam 7.30 pagi itu melibatkan lori dari kawasan perindustrian Seberang Jaya di sini yang dalam perjalanan ke Sungai Petani, Kedah.

Beliau berkata, satu daripada tayar lori itu dipercayai tercabut kira-kira 300 meter dari plaza tol Bertam menuju Sungai Petani menyebabkan pemandunya hilang kawalan dan terbabas.

“Lori itu membawa 11 tong asid dan ketika anggota kami sampai dua daripada tong itu telah bocor dan isinya tumpah di atas jalan raya,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pemandu lori enam tan yang hanya dikenali sebagai Lam Thin, 61, ditemui tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan mati di tempat kejadian manakala kelindan lori itu ialah rakyat Bangladesh, dikenali sebagai Sukumar Ghosh.

“Bomba terpaksa memotong bahagian hadapan lori untuk mengeluarkan mangsa tersepit dan lelaki Bangladesh yang cedera ringan dihantar ke hospital berdekatan,” katanya.

Beliau berkata, Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) memindahkan baki asid ke dalam bekas lain dan kawasan kemalangan dibersihkan sepenuhnya pada jam 9 pagi ini.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment