KUALA LUMPUR – : Laporan awal MH370, yang turut mengandungi rakaman audio perbualan antara kokpit dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur serta senarai kargo, dikeluarkan Kementerian Pengangkutan, hari ini.
Laporan itu turut memuatkan peta laluan penerbangan, pelan tempat duduk penumpang selain dokumen tambahan yang memberi maklumat lanjut berkaitan tindakan yang diambil antara 1.38 dan 6.14 pagi, pada 8 Mac.
Dalam satu kenyataan, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata laporan awal itu dikeluarkan berdasarkan kepada panduan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bahawa selagi maklumat tertentu yang dikeluarkan itu tidak menghalang penyiasatan atau operasi pencarian dan atas nama keterbukaan serta ketelusan, maklumat itu seharusnya diumumkan.
Maklumat diumumkan itu termasuk:
a. Rakaman audio perbualan antara kokpit MH370 dengan kawalan trafik udara Kuala Lumpur
b. Laporan awal berkaitan MH370, bertarikh 9 April.
c. Dokumen tambahan, yang memberikan maklumat lanjut berhubung tindakan-tindakan yang diambil antara jam 01:38 dan 06:14 pada Sabtu 8 Mac.
d. Peta menunjukkan laluan penerbangan MH370.
e. Senarai kargo MH370. f. Pelan tempat duduk MH370.
LAPORAN AWAL MH370 (SIRI 03/2014)
Jenis Pesawat & Pendaftaran: Boeing 777-2H6ER, 9M-MRO.
Tahun Pengeluaran: 29 Mei 2002.
Negara Pendaftaran: Malaysia No Jenis Engin: 2 Rolls Royce RB211 Trent 892B17 .
Lokasi: Tidak Diketahui (Kali terakhir ‘return’ oleh Radar Pemantauan Sekunder (SSR), Waypoint IGARI).
Tarikh & Masa (Masa Tempatan) 8 Mac 2014 & Tidak Diketahui (kali terakhir `return’ SSR pada jam 01:21:13).
Operator: Malaysian Airlines (MAS) .
Nama Penerbangan: MH 370 .
Jenis Penerbangan: Berjadual (Pengangkutan Udara Komersial), IFR Orang Dalam Pesawat: 227 penumpang + 12 anak kapal.
0 comments:
Post a Comment