Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 3, 2014

No Comment

KUANTAN – Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga dikhuatiri lemas selepas mandi di Air Terjun Sungai Gapoi kira-kira 22 kilometer dari perkampungan Orang Asli Telemong dekat Bentong, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohamad Nor Mansor berkata Sean Ng, 15, beralamat di Taman Melawati, Kuala Lumpur dikatakan berkelah di situ bersama 11 lagi rakannya.

“Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa bersama tujuh lagi rakannya dilaporkan terjun ke dalam sungai untuk mandi, bagaimanapun mangsa didapati terus tidak timbul selepas itu.

“Rakan-rakan mangsa yang lain cuba mencarinya namun gagal lalu bertindak meminta bantuan orang awam untuk melaporkan kepada polis,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata sebaik aduan diterima, operasi mencari dan menyelamat dilakukan melibatkan 13 anggota polis dan lapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Sehingga kini, mangsa belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat disambung semula awal pagi tadi. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment