Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 28, 2014

No Comment
Penyokong Pahang diminta menjaga disiplin dan tidak melakukan tindakan luar kawalan ketika menyaksikan
perlawanan Piala FA, Jumaat ini. Foto oleh Azmi Aryanto

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) meminta peminat menjaga disiplin dan tidak melakukan sebarang provokasi bagi mengelak situasi yang menimpa Perak beraksi tanpa penyokong boleh terjadi di negeri itu.

Pengerusi Pengurusan Perlawanan PBNP, Raja Mustafa Raja Jalil Shah berkata, hukuman yang dikenakan terhadap Perak perlu dijadikan iktibar dan boleh dielakkan jika peminat menjaga disiplin serta tidak melanggar peraturan ditetapkan.

Menurutnya, ia adalah satu kerugian besar jika segelintir peminat masih berdegil dan melakukan perkara yang boleh mengundang padah buat Pahang.

“Saya berharap mereka mematuhi peraturan dan tidak membawa bahan terlarang ketika menyaksikan perlawanan.

“Kita datang untuk tengok bola, bukan nak berperang atau bergaduh. Biar perlawanan berlangsung dengan aman, lancar,” katanya.

Menurutnya, PBNP turut bekerjasama dengan majlis belia dan badan bukan kerajaan menyediakan kemudahan surau sementara di antara pintu 12 dan 13 pada hari perlawanan untuk kemudahan penyokong.

Dalam pada itu, penjualan tiket untuk perlawanan tumpuan itu akan mula dijual esok bermula jam 9 pagi di lapan kaunter Stadium Darul Makmur di sini termasuk kaunter khas wanita.

“Sebanyak 32,500 tiket diperuntukkan untuk perlawanan ini dan pembelian tiket dihadkan empat keping kepada setiap individu. Sebanyak 55 pengimbas akan digunakan untuk mengesan tiket palsu dan bagi pasukan lawan, persatuan hanya memperuntukkan 100 keping untuk peminat JDT.

“PBNP turut meminta peminat peka dengan nombor pintu laluan yang tertera pada tiket dibeli dan masuk ikut nombor laluan. Untuk peminat yang tak dapat ke stadium, persatuan bercadang memasang layar skrin besar di beberapa lokasi di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1 dan 3,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2014 yang menyaksikan pertembungan Pahang-Johor Darul Ta’azim (JDT) di Stadium Darul Makmur, Jumaat ini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh dan Setiausaha Agung PBNP, Fuzzeimi Ibrahim.

Sementara itu, Abdul Aziz memberitahu, pihaknya menyediakan anggota bertugas dalam keadaan mencukupi untuk memastikan perlawanan itu berlangsung dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak bertindak tegas terhadap mana-mana penyokong di dalam ataupun luar stadium yang melanggar peraturan.

“Kita beri amaran kepada mana-mana individu yang bertindak kasar ataupun menimbulkan provokasi, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka. Jangan membawa masuk bahan terlarang seperti suar, bom asap, mercun serta batang bendera.

“Kepada pemilik kenderaan, sila patuhi peraturan lalu lintas dan patuhi arahan pihak berkuasa,” katanya.

Selain itu, beliau juga menasihatkan penyokong merancang masa dan tidak memasuki stadium di saat-saat terakhir bagi mengelakkan kesesakan.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment