Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 14, 2014

No Comment

BESUT – Lapan lelaki berumur antara 20 hingga 40 tahun ditangkap ketika sedang khayal akibat pengaruh dadah di sebuah kandang kambing di Kampung Gong Pasir dekat sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, bertindak atas maklumat awam anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Besut telah pergi ke kandang kambing itu yang terletak di satu kawasan sunyi hingga berjaya menahan kesemua saspek.

Katanya dalam operasi yang dijalankan antara pukul 8 pagi hingga 10.30 pagi itu, empat penagih ditahan di atas kandang sementara empat lagi di sekitar kawasan berkenaan.

“Turut dirampas dari seorang penagih yang dipercayai pengedar secara kecilan itu ialah 2 botol plastik serbuk putih seberat 2.5 gram dan satu tiub straw (berisi) serbuk kemerahan yang dipercayai dadah,” katanya kepada media di sini hari ini.

Kesemua lapan suspek yang ditangkap didapati positif dadah jenis methampetamine dan heroin, katanya.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment