Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 18, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pengerusi badan pemantau jenayah (MyWatch), R.Sri Sanjeevan  mendakwa pihak polis menutup siasatan kes beliau ditembak ketika memandu di Bahau, Negeri Sembilan pada 27 Julai tahun lalu.

Beliau yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mendakwa, polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai `No Further Action’ (NFA) hanya kerana tiada pengecaman terhadap suspek kejadian itu.

“Pada tarikh 2 Mei lalu, saya menerima satu surat daripada Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Jempol yang menyatakan bahawa siasatan kes tembak saya pada 27 Julai 2013  telah selesai dijalankan dan kes ini telah diklasifikasikan sebagai NFA.

“Dinyatakan alasan pihak polis menutup kes ini adalah kerana tiada pengecaman terhadap suspek yang menembak saya tempoh hari,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Sri Sanjeevan mendakwa, beliau telah gagal mendapat keadilan dalam kes tersebut malah penyiasatan kes tembak itu juga didakwa lebih berkisar tentang MyWatch dan bukannya mencari suspek.

“Sepatutnya, kes tembak saya ini lebih mudah diselesaikan kerana saya masih hidup untuk memberi maklumat kepada polis hingga tertangkapnya suspek,” dakwanya.

Beliau tetap menegaskan bahawa kes tembak ke atasnya itu ada kaitannya dengan pendedahan jenayah dadah yang beliau mahu bongkarkan sebelum ditembak.

“Suspek bermotorsikal yang menembak saya dari jarak dekat memang bertujuan untuk “shoot to kill” dan bukannya semata-mata mahu memberi amaran.

“Namun saya bernasib baik kerana sempat menekan pedal minyak dan memecut kereta bagi menjauhkan diri daripada penembak,” dakwanya lagi.

Sumber: My News Hub

0 comments:

Post a Comment