Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 11, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Beberapa laman Facebook penyokong bola sepak Johor melancarkan kempen memboikot akhbar kerana didakwa sering membuat berita tidak telus membabitkan pasukan negeri itu.

Tinjauan mynewshub di laman Facebook Johor Darul Takzim FC mendapati pengendali laman itu mengalakkan penyokong memboikot akhbar arus perdana kerana didakwa sering memutarbelitkan fakta sebarang insiden atau isu membabitkan Harimau Selatan.

“Minta pandangan anda semua..perlukah kita jalankan kempen boikot suratkhabar anti-JDT seperti Kosmo, Metro dan Berita Harian untuk memberi pengajaran kepada wartawan mereka supaya menghormati kita dan tidak terus menerus menabur fitnah, memutar belit fakta dan melaporkan berita yang kurang tepat dan negatif berkaitan pasukan kita.

“Jika tidak dibendung perkara ini `admin’ rasa makin parah liga kita kerana penyokong antara pasukan dipecahbelahkan oleh media yang sepatutnya menyatukan dan bukan membunuh bola sepak Malaysia,” dakwa pengendali laman Facebook tersebut.

Tinjauan mynewshub.my di laman Facebook JDT `underground’ NEWS pula mendapati pengendali laman itu menyarankan penyokong bola sepak Johor supaya memboikot akhbar arus perdana bagi memberi tekanan kepada pihak akhbar supaya bersikap telus dan adil dalam laporan mereka.

Laman Facebook tersebut turut mendakwa penyokong Johor mampu memberi tekanan hebat kepada akhbar arus perdana kerana penduduk Johor antara yang teramai membeli dan membaca akhbar terbabit sejak tahun 2012.

Dakwaan itu kononnya berdasarkan statistik pengedaran akhbar oleh Bureau of Circulations (ABC) yang menunjukkan pengedaran tertinggi akhbar arus perdana adalah di Johor dan Selangor.

Sumber: My News Hub / Johor Darul Takzim FC

0 comments:

Post a Comment